Saturday, September 27, 2008

Utusan Aidilfitri..dari Perantauan..


Salam Aidilfititri ini ditujukan khas ....

Buat yang tercinta di Malaysia...
Mama, Abah & Mak.. Abang2, Kakak2 dan Adik2..

Ingatan tulus ikhlas ini juga...
buat sanak saudara.. walau dimana berada..

Yang tetap dihati..
sahabat2 di FiT, UDM.. teman2 seperjuangan..
rakan2 yg mengenali kami..

dan yg diingati selalu..
warga Bradford..

semua kaum Muslimin dan Muslimat..

Kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya..

Ada ketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir
dan hati silap menduga...


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin..

Mokhairi & Syadiah Nor
Muhammad Syahmi
Muhammad Syafiq
Muhammad Syazwan

Friday, September 26, 2008

Majlis Berbuka Puasa Rumpun Bradford

Menu kami [Ikan Bakar & Murtabak]


Event : 20 September 2008 (Ahad) ; [Majlis Berbuka Puasa Rumpun Bradford]

Majlis berbuka di adakan di MR1 di universiti. Semua warga Bradford telah memeriahkan majlis dengan pelbagai hidangan. Tetamu jemputan khas iaitu Ustaz Mazlee dari Durham telah memberikan ceramah. Disamping itu solat berjemaah dan solat tarawikh.


Proses menyusun hidangan
Pelbagai juadah disediakanTetamu jemputan (paling kanan)


Thursday, September 25, 2008

Syazwan.. 1st day nursery..

Event : 18 September 2008 (Khamis) ; [Farnham Primary School]

Sudah lebih kurang seminggu Syazwan attend nursery class(tadika..)..jam 12.45 'till 3.15 jer..
1st day went well for Syazwan coz mama & abah ada jugak belajar bersama-sama.. 2nd day.. mama & abah cuma dibenarkan datang jam 2.00.. Sampai ajer..terus berhenti menangis..
3rd day.. hantar terus...tp jam 1.15 sekolah dah telefon abah.. suruh ambil Syazwan .. bawak balik rumah 'coz menangis sampai muntah.. aduih...letihlah mama ngan abah camnie..

Teachers ada seramai 4 orang untuk jaga satu kelas tu and Environment dalam kelas 1st class.. macam2 ada.. cuma mungkin Syazwan masih belum faham.. nak cakap kat cikgu tak faham.. nak dengar cikgu pun tak faham.. nak berkawan pun belum pandai.. jadi apa lagi.. nangis jer lah kot..

Today... nampak macam dah ok tanpa mama dan abah ... harap2 berterusan ...



main apa tu Wawan??
with one of the teacher..
jigsaw puzzle..

Tuesday, September 23, 2008

Inspirational Quotes...

Just something to share..






Saturday, September 20, 2008

Puisi ..


Jika kau merasa tidak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Tuhan sebenarnya ingin melihat betapa kau berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa sedihnya…
Tuhan sebenarnya ingin melihat kekesalan yg lahir dari lubuk hatimu..

Jika kau fikir bahawa hidupmu dan masa berlalu begitu saja…
Tuhan sebenarnya sedang menunggu bersama denganmu..

Ketika kau merasa sendirian dan tiada siapa untuk mengadu
Tuhan sebenarnya selalu berada disampingmu..

Jika
kau fikir bahawa kau telah lakukan segalanya dan hampir putus asa…
Tuhan sebenarnya ingin mengujimu..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Tuhan sebenarnya sedang berbisik kepadamu....

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Tuhan sebenarnya membuka matamu dan memanggil namamu..

Ingatlah bahawa dimanapun kau berada..
Tuhan sentiasa menjagamu...
Bersyukurlah dan bertafakurlah kepadaNya sentiasa
Semoga diri sentiasa dirahmati..

Sajak ini dijumpai sewaktu surfing.. tp kat mana lupa lak..jadi ingin dikongsi dengan semua...

Saturday, September 6, 2008

1st Day of School..

Event : 2 September 2008 (Selasa) ; [Farnham Primary School]

Excited but a bit nervous.. Pastinya itulah perasaan mereka menghadapi hari pertama persekolahan di rantau orang.. dan apa yg ada dalam hati mereka ..hanya mereka sahaja yg ketahui... learning through past experience..

Inilah pengorbanan anak2 sebenarnya apabila mengikut abah & mama belajar di perantauan..terpaksa di tempatkan di dunia baru.. with different people n different language and yet have to survive on their own without having their parents around.. namun ini juga untuk kebaikan mereka to master the English Language..

Abah & Mama sentiasa doakan untuk anakanda2 semua berjaya di dunia & akhirat..dan abah & mama sangat berbangga dengan keberanian & pencapaian kalian...
Year 2 CG..8.50 am - 3.15 pm
Reception ..Orange Class..8.50 am - 3.15 pm
Nursery Class..12.45 pm - 3.15 pm


di depan pagar sekolah

Seminggu dah berlalu..buat Syahmi & Syafiq.. nampaknya emosi mereka pun dah semakin pulih..semoga hari2 yg mendatang akan menjadi lebih baik.. Syazwan dah tak sabar utk ke Nursery which starts on 18 Sept.. harap2 jugak emosinya lebih terkawal...

Ramadhan Al-Mubarak...


1 September 2008.. adalah hari pertama Ramadhan dan pertama kali merasai Ramadhan di Bradford UK..

Buat keluarga tercinta di Malaysia...
Mama, Abah & Mak.. Abang2, Kakak2 dan Adik2..

Istimewa...
buat sanak saudara.. walau dimana berada..

Yang diingati selalu..
sahabat2 di FiT, UDM.. teman2 seperjuangan..
rakan2 yg mengenali kami..

dan terakhirnya.. yg sentiasa di mata..
warga Bradford.. semua kaum Muslimin dan Muslimat..

Selamat menyambut Ramadhan..moga bulan penuh keberkatan ini dimanfaatkan sebaiknya..
Mohon ampun dan maaf dari kami sekeluarga..

Salam perantauan dari kami..
Mokhairi & Syadiah..
Syahmi, Syafiq, Syazwan..

Friday, September 5, 2008

Visit to York..


Event : 30 Ogos 2008 (Sabtu) ; [National Railway Museum,York]

Pada cuti hujung minggu, kami sekeluarga telah berangkat sekali lagi ke York.. saja bawak anak2 berjalan..Namum agenda mama & abah tetap tidak dilupakan.. seawal pagi dan bersiap untuk ke carboot York untuk mencuci mata...

Then, kami decide untuk ke National Railway Museum.. admission is free..but have to pay for the parking 7 pound per entrance.. pelbagai train dapat dilihat di dalam museum dari sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya..

rehat sekejap..
jejantas landasan pd satu ketika dahulu..

merasa jugak naik Bullet Train..tanpa ke Jepun.

tidak lepaskan peluang untuk menaiki virtual train simulation
2 thumbs up..

Bersebelahan museum, kami juga menjenguk The Yorkshire Wheel.. ala2 Eye of Malaysia.. disebabkan dah naik dah Eye of Malaysia.. maka yg nie kami skip ajer..
After having lunch, kami juga ke Designer Outlet untuk Window Shopping.. Sebelum masuk ke dalam.. penuhi hajat anak2 dulu utk ke playground yg disediakan.. then balik



sekitar bandar York..cantik..