Sunday, November 30, 2008

Syahmi's 7th Birthday..


Event : 27 November 2008 (Khamis) ; [7th B-day]

27 November 2008.. pada hari Khamis baru-baru ini telah diraikan dengan menyambut b-day Syahmi yg ke-7.. dah besar anak mama rupanya.. dan dah tua mama & abah..hehe..

Disebabkan masa tidak mengizinkan.. maklumlah mama masih dalam pantang.. maka sambutan hanya terhad sahaja iaitu dengan menyambutnya bersama keluarga sahaja.. dan kek pun terus di beli dari kedai berhampiran... Insyallah jika ada rezeki, Syahmi nak jugak ajak kawan2 datang rumah menyambut harijadinya bersama..

Buat anakanda tercinta..

Sempena harijadi Syahmi.. abah & mama hanya doakan yg terbaik .. Semoga menjadi anak yg soleh.. seorang abang yg bertanggungjawab.. dan Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya..dan diberkati sentiasa.. Abah & mama luv u always.. sayang..



Acara memotong kek

...
makan-makan
kejap ada ... kejap tak ada ..

Tuesday, November 25, 2008

Permata Hati..

[Our Sweetheart .. Syasya Maisarah Mokhairi]

Hari ini dah masuk 25 hari baby mengenal dunia..dan kami pun baru berkesempatan untuk mengupdate blog ini.. hari-hari yg berlalu cukup pantas..

Kronologi yg berlaku sepanjang tempoh tersebut..

Pada hari 1 & 2.. di hospital..hanya boleh keluar keesokan harinya dek kerana prosedurnya 6 jam baru boleh keluar dan tidak boleh keluar sebelah malam..

Pada hari ke-6, tali pusat baby dah tertanggal.. lega abah & mama..bukan apa tp takut jugak dengan tali pusat tu..

Pada hari ke-7, abah telah turun padang untuk mencukur kepala baby.. alhamdulillah berjalan dengan lancar ..walaupun pada mulanya agak kekok... dan telah menghabiskan sebanyak 8 shaver hanya untuk mecukur..

Pada hari ke -12, abah telah mendaftar nama secara sah di Pejabat Pendaftaran Bradford..dan secara sahnya nama baby tersayang adalah.. SYASYA MAISARAH... Syasya yg bermaksud berseri-seri dan manakala Maisarah pula kesenangan.. Semoga nama yg diberi ini memberi seribu rahmat padanya. Pada sebelah petangnya, baby telah di bawa ke klinik kerana selsema dan batuk... tp alhamdulillah Dr kata tak ada apa yg perlu dirisaukan.. dan tak ada ubat pun yg diberi.. hmmm, jd abah terpaksalah membelinya sendiri..

Pada hari ke-24, midwife telah 'discharge' baby dari pemantauannya.. sebelum nie datang untuk check dan weight baby..


Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada auntie2 dan uncle2 serta abg2 dan kakak2 yg telah melawat baby dan memberi hadiah..


That's all up to today.. alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan olehNya..

di dalam buaian..




inilah birth certificate saya
comelnya tgn anak mama..

Wednesday, November 12, 2008

Parents Evening at Farnham..

Event : 6 November 2008 (Khamis) ; [Parents Meeting ]

Parents Evening at Farnham went well.. Hanya abah ajer yg attend meeting tu.. First went to see Syahmi's teacher.. Miss Lee Grand.. Cikgu kata pencapaian Syahmi amat memberangsangkan.. one of the top student in class especially in Maths.. His English pun dah banyak improve.. tak perlu pergi extra class.. Well done and Nice job Syahmi for getting 30 merit awards from the school.

Lepas tu jumpa pulak Mrs Raymonds, Syafiq's teacher.. Words yg keluar dari cikgupun amat membanggakan abah.. katanya Syafiq is one of the best in his class.. macam tak percaya.. but the truth has revealed.. his keywords tinggal 2 set ajer lagi untuk habis.. and the teacher was impress with his numbers.. and sebenarnya kami pun bangga sangat dengan pencapaian syafiq.. 'coz now he can read ... Well done and Nice job Syafiq for getting 30 merit awards from the school.

Lastly..abah went to the nursery class.. to see Syazwan's teacher.. untuk Syazwan... abah & mama faham.... masuk kelas lambat.. dan banyak jugak yg tak pergi masa awal2.. tp cikgu kata sekarang dah macam ok.. walaupun boleh pickup english sikit2.. at least he wants to go to school.. and he is trying very hard...maklumlah bongsu selama 3 tahun...

Thanks for the teachers for looking at our kids.. Alhamdulillah.. syukur kerana dah boleh survive...walauapapun kata cikgu.. abah & mama akan sentiasa pantau apa yg patut...supaya tidak ketinggalan..


Pictures only taken via hphone...
kelas Syahmi..
with Mrs Raymond.. kelas Syafiq..
Syazwan's class..

Sunday, November 2, 2008

Our Newborn Princess



Event : 1 November 2008 (Sabtu) ; [Baby ]

Alhamdulillah, pada tanggal 1Nov 2008 puteri sulong kami (anak ke-4) telah selamat dilahirkan di bumi Bradford UK dengan selamat. Ibu dan anak juga sihat ...

Saat-saat debaran selama ini lenyap kerana suasana kelahiran disini sangat berbeza dan first class walaupun tiada bayaran dikenakan. Segala pengalaman yang ditempuhi ini amat bermakna kepada kami sekeluarga.

Terima kasih kepada mama. mak dan abah serta seluruh keluarga yang sentiasa mendoakan. Begitu juga terimakasih kami ucapkan kepada sahabat di RumpunBradford, FiT UDM, dan dimana sahaja anda berada. Semoga kita sama2 mendapat keredhaanNya. AMIN



Tunggu nak discharge
midwife masa bersalin
midwife sebelum dan selepas bersalin



abang2