Sunday, April 20, 2008

Surat Tawaran Rasmi SLAB oleh KPT

Surat Tawaran Biasisiwa dari KPT

Financial Affidavit dari KPT

Alhamdulillah tengah hari tadi surat rasmi daripada KPT telah diterima yang diposkan ke universiti. Bersama surat tersebut ada borang medical, perjanjian, Financial Affidavit, borang claim dlln2. Semuanya perlu diisikan cepat sebelum hantar balik kepada KPT. Patutnya semua dokumen tu dah boleh dapat 2 minggu lepas, tapi KPT KIV hingga lulus BTN dan FAX kepada KPT sebab KPT tidak tahu selagi kita tidak maklumkan dengan FAX.
krie..

Tuesday, April 8, 2008

Passport




Kami telah ke Imegresin Kuala Terengganu untuk membuat passport pada 6 Apr 2008 pada sebelah petang. Dan pada hari ini kami telah mengambil 5 passport tersebut. Bayaran RM 300 dewasa dan RM150 kanak-kanak kurang 12 tahun bagi 32 mukasurat untuk boleh claim.
krie...

Monday, April 7, 2008

Keputusan BTN

Pada tanggal 7 April 2008 berita di tunggu-tunggu iaitu keputusan BTN telah diterima. Kesemua kami lulus pada kursus itu yang membolehkan kami ke luar negara. Ini adalah syarat utama dari KPT iaitu mesti lulus BTN sebelum boleh dikeluarga borang-borang berkaitan. Setelah KPT bermesyuarat pada minggu lepas dan kelulusan BTN ini maka boleh dikatakan permohonan SLAB kami telah lengkap dan diluluskan walaupun masih menunggu surat rasmi daripada KPT.
krie..

Tuesday, April 1, 2008

Kelulusan SLAB

Pada tanggal 31 Mac 2008, wakil universiti telah bermesyuarat di KPT untuk permohonan SLAB kami. Pada sebelah petangnya diberitakan bahawa kami telah berjaya dalam permohonan tersebut dan menunggu surat rasmi daripada KPT.
Alhamdulillah.
krie..