Saturday, September 20, 2008

Puisi ..


Jika kau merasa tidak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Tuhan sebenarnya ingin melihat betapa kau berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa sedihnya…
Tuhan sebenarnya ingin melihat kekesalan yg lahir dari lubuk hatimu..

Jika kau fikir bahawa hidupmu dan masa berlalu begitu saja…
Tuhan sebenarnya sedang menunggu bersama denganmu..

Ketika kau merasa sendirian dan tiada siapa untuk mengadu
Tuhan sebenarnya selalu berada disampingmu..

Jika
kau fikir bahawa kau telah lakukan segalanya dan hampir putus asa…
Tuhan sebenarnya ingin mengujimu..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Tuhan sebenarnya sedang berbisik kepadamu....

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Tuhan sebenarnya membuka matamu dan memanggil namamu..

Ingatlah bahawa dimanapun kau berada..
Tuhan sentiasa menjagamu...
Bersyukurlah dan bertafakurlah kepadaNya sentiasa
Semoga diri sentiasa dirahmati..

Sajak ini dijumpai sewaktu surfing.. tp kat mana lupa lak..jadi ingin dikongsi dengan semua...