Saturday, October 25, 2008

Syawal dalam Ingatan : Rumah Terbuka kami...


Event : 30 September 2008 (Selasa) ; [1st day of Syawal]

Suasana raya amat dirasai dengan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya Pertama.. Juadah yg kami sediakan untuk Syawal kali ini.. adalah Nasi Briyani..Laksa Kuah Masak Terengganu.. dan Lemang serta Rendang.. macam tak percaya.. tp buat pertamanya lemang perantauan di hasilkan dalam sejarah kami...

Dengan penuh semangat.. kuih raya juga telah diuli dengan tangan sendiri... Antaranya.. Almond London.. Biskut Makmur.. Biskut Sarang Semut.. biskut Kacang dan Biskut Cornflakes.. Penghasilan biskut2 ini turut dilakarkan dalam sejarah kami.. terima kasih buat abah yg sama2 membantu di dapur... dan semangat anak2 yg minta mama buat biskut raya..

Pada tetamu yg telah hadir.. terima kasih kerana memeriahkan teratak kami...begitu juga yg juga telah menjemput ke rumah terbuka kalian... menu2 semua best2.. sungguh kuat ikatan ukhuwwah kita... moga ianya berkekalan...

Namun kali ini.. tidak banyak gambar dapat dirakamkan.. kerana cameraman sibuk beraya..

menu kami...ihsan dari fp Kak Haiza.. tq kak..