Tuesday, November 25, 2008

Permata Hati..

[Our Sweetheart .. Syasya Maisarah Mokhairi]

Hari ini dah masuk 25 hari baby mengenal dunia..dan kami pun baru berkesempatan untuk mengupdate blog ini.. hari-hari yg berlalu cukup pantas..

Kronologi yg berlaku sepanjang tempoh tersebut..

Pada hari 1 & 2.. di hospital..hanya boleh keluar keesokan harinya dek kerana prosedurnya 6 jam baru boleh keluar dan tidak boleh keluar sebelah malam..

Pada hari ke-6, tali pusat baby dah tertanggal.. lega abah & mama..bukan apa tp takut jugak dengan tali pusat tu..

Pada hari ke-7, abah telah turun padang untuk mencukur kepala baby.. alhamdulillah berjalan dengan lancar ..walaupun pada mulanya agak kekok... dan telah menghabiskan sebanyak 8 shaver hanya untuk mecukur..

Pada hari ke -12, abah telah mendaftar nama secara sah di Pejabat Pendaftaran Bradford..dan secara sahnya nama baby tersayang adalah.. SYASYA MAISARAH... Syasya yg bermaksud berseri-seri dan manakala Maisarah pula kesenangan.. Semoga nama yg diberi ini memberi seribu rahmat padanya. Pada sebelah petangnya, baby telah di bawa ke klinik kerana selsema dan batuk... tp alhamdulillah Dr kata tak ada apa yg perlu dirisaukan.. dan tak ada ubat pun yg diberi.. hmmm, jd abah terpaksalah membelinya sendiri..

Pada hari ke-24, midwife telah 'discharge' baby dari pemantauannya.. sebelum nie datang untuk check dan weight baby..


Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada auntie2 dan uncle2 serta abg2 dan kakak2 yg telah melawat baby dan memberi hadiah..


That's all up to today.. alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan olehNya..

di dalam buaian..




inilah birth certificate saya
comelnya tgn anak mama..