Showing posts with label SLAB. Show all posts
Showing posts with label SLAB. Show all posts

Sunday, April 20, 2008

Surat Tawaran Rasmi SLAB oleh KPT

Surat Tawaran Biasisiwa dari KPT

Financial Affidavit dari KPT

Alhamdulillah tengah hari tadi surat rasmi daripada KPT telah diterima yang diposkan ke universiti. Bersama surat tersebut ada borang medical, perjanjian, Financial Affidavit, borang claim dlln2. Semuanya perlu diisikan cepat sebelum hantar balik kepada KPT. Patutnya semua dokumen tu dah boleh dapat 2 minggu lepas, tapi KPT KIV hingga lulus BTN dan FAX kepada KPT sebab KPT tidak tahu selagi kita tidak maklumkan dengan FAX.
krie..

Tuesday, April 8, 2008

Passport




Kami telah ke Imegresin Kuala Terengganu untuk membuat passport pada 6 Apr 2008 pada sebelah petang. Dan pada hari ini kami telah mengambil 5 passport tersebut. Bayaran RM 300 dewasa dan RM150 kanak-kanak kurang 12 tahun bagi 32 mukasurat untuk boleh claim.
krie...

Tuesday, April 1, 2008

Kelulusan SLAB

Pada tanggal 31 Mac 2008, wakil universiti telah bermesyuarat di KPT untuk permohonan SLAB kami. Pada sebelah petangnya diberitakan bahawa kami telah berjaya dalam permohonan tersebut dan menunggu surat rasmi daripada KPT.
Alhamdulillah.
krie..

Monday, March 24, 2008

BALIK DARI BTN



Semalam baru sampai dari BTN setelah 5 hari dilalui dengan penuh cabaran. Kuliah, LDK, Larian 2 KM, Kembara semuanya bertujuan untuk mempersiapkan diri dengan cabaran semasa berada diluar negara nanti. Sepanjang BTN Alhamdulillah kami berdua dapat melalui setiap ujian dengan penuh sabar. Kehadiran sudah .... tetapi keputusan sama ada lulus atau gagal BTN akan diketahui 2 minggu - 1 bulan dari sekarang. Semoga kami berjaya.
krie...


Thursday, March 20, 2008

Formal Offer Letter 2



Alhamdulillah .... yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hari ni kerja separuh hari sebab nak ke BTN flight pukul 4pm. Sampai rumah .... Ada surat tawaran daripada Universiti ... Maka lengkaplah permohonan SLAB saya. Terus pergi ke office balik untuk beri surat tu kepada Unit Latihan Universiti. Dapat maklumat dari pegawai tersebut bahawa mesyuarat dengan KPT pada 31 Mac 2008.
syadie..

Monday, March 17, 2008

Formal Offer Letter 1

Alhamdulillah .... yang ditunggu-tunggu dah tiba. Surat tawaran daripada Universiti ... Maka lengkaplah permohonan SLAB salah sorang dari kami. Tengah tunggu yang satu lagi pulak. Proses seterusnya tak berani nak buat sehingga dah dapat kelulusan dari KPT.
krie..

Thursday, March 13, 2008

Temuduga Slab

Alhamdulillah pada 13 Mac 2008, kami telah ditemuduga untuk permohonan SLAB peringkat universiti oleh Panel Cuti Belajar Universiti dan semuanya telah berjalan dengan lancar. Seterusnya tengah tunggu mensyuarat oleh KPT.
krie..

Wednesday, March 12, 2008

BTN

BTN hantar fax hari ini kena hadir BTN pada 20-24 Mac. Nak taknak kena pergi juga.
krie..

Monday, March 3, 2008

Email dari Bakal Supervisor

Dapat email dari bakal-bakal supervisor

krie dapat pada 28 Feb 2008

"Dear Mr,
as far as I am aware after presenting your request to Ms. Rona Wilson (Cced) a scanned copy of the conditional offer should be emailed to you asap. Please stay in touch with Rona on this issue."

dan syadiah pada 3 Mac 2008

"Dear Ms,
I have had a look at your application and discussed it with Rona Wilson. She will be able to send you an offer letter shortly. "


Alhamdulillah, mereka telah bersetuju untuk menerima kami. Jadi kena tunggu surat offer letter sampai.
krie..

Friday, February 29, 2008

Borang Permohonan SLAB

Pada 29 Feb 2008 kami telah menghantar borang permohonan SLAB ke pihak unit latihan universiti. Boleh tahan maklumat dan dokumen sokongan yang perlu dilampirkan.
Mereka akan panggil interview kami dalam masa terdekat.
krie..

Monday, February 4, 2008

Apply for University

Setelah beberapa bulan menghubungi bakal2 supervisor melalui email dan mengesahkan bidang pengajian maka minggu ini sangat sukar untuk dilalui kerana perlu menghantar application form kepada supervisor dan university. Seperti biasa permohonan kepada university ini perlu mengikut keperluan mereka yang pelbagai (proposal, application form, referee, CV, result2 exam).
Alhamdulillah berjaya juga kami hantar melalui email.
krie..