Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Saturday, October 25, 2008

Syawal dalam Ingatan : Majlis Raya Rumpun Bradford 2008...

Warga Bradford, UK

Event : 5 Oktober 2008 (Ahad) ; [Syawal 2008]

Majlis Raya Rumpun Bradford kali ini diadakan di MR2, University of Bradford.. Kemeriahan Syawal waktu itu indah terasa.. dgn kehadiran warga rumpun yang memeriahkan majlis serta juadah yg disediakan..

Pelbagai juadah disajikan oleh tuan rumah masing2 dengan kepakaran masing-masing... Terima kasih kpd AJK yg telah menganjurkan majlis ini... Bermula jam 10.00 am hingga tengahari...

Inilah di antara detik2 rakaman yg telah di ambil..
...
menu kami.. Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol dan Wajik Durian
Kaum Adam..
Kaum Hawa..Permata Hati..
menu istimewa..dari kaum hawa..


menjamu seleraDuit Raya dari Uncle Nik..
Keluarga En Bahari..
Keluarga En Shamsul..
Keluarga En Ridhuan..
Keluarga En Faisal..
Keluarga En Nizam..
Keluarga En Kamal..
Keluarga En Nik..
Keluarga En Ezad..
Keluarga En Hasbullah..
Keluarga En Halim..
Keluarga En Afifi..
Keluarga En Khafif..
adik-adik..
dan kami..

posing-memosing..

acara bermaafan..

Syawal dalam Ingatan : Rumah Terbuka kami...


Event : 30 September 2008 (Selasa) ; [1st day of Syawal]

Suasana raya amat dirasai dengan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya Pertama.. Juadah yg kami sediakan untuk Syawal kali ini.. adalah Nasi Briyani..Laksa Kuah Masak Terengganu.. dan Lemang serta Rendang.. macam tak percaya.. tp buat pertamanya lemang perantauan di hasilkan dalam sejarah kami...

Dengan penuh semangat.. kuih raya juga telah diuli dengan tangan sendiri... Antaranya.. Almond London.. Biskut Makmur.. Biskut Sarang Semut.. biskut Kacang dan Biskut Cornflakes.. Penghasilan biskut2 ini turut dilakarkan dalam sejarah kami.. terima kasih buat abah yg sama2 membantu di dapur... dan semangat anak2 yg minta mama buat biskut raya..

Pada tetamu yg telah hadir.. terima kasih kerana memeriahkan teratak kami...begitu juga yg juga telah menjemput ke rumah terbuka kalian... menu2 semua best2.. sungguh kuat ikatan ukhuwwah kita... moga ianya berkekalan...

Namun kali ini.. tidak banyak gambar dapat dirakamkan.. kerana cameraman sibuk beraya..

menu kami...ihsan dari fp Kak Haiza.. tq kak..

Syawal dalam Ingatan : 48 Rothesay Terrace...

Event : 30 September 2008 (Selasa) ; [Syawal 2008]

Syawal 2008 kali ini di sambut dengan penuh kesederhanaan di bumi Bradford ini.. Alhamdulillah dengan izinNya kami dapat menempuhi bulan yg mulia ini dengan penuh keinsafan... Namun di sebalik kesyahduan yg melanda.. suasana raya di sambut dengan begitu meriah.. dengan juadah yg istimewa serta ziarah menziarahi ke rumah rakan taulan...

putera2 kami.. penuh bergaya...
nasib baik dapat cuti sekolah 2 hari..sempena Syawal nie..


Syawal dalam Ingatan : Takbir Raya...

Event : 29 September 2008 (Isnin) ; [Takbir Raya]

Salam to all bloggers..

Akhirnya.. dengan rasa penuh semangat ingin kami uploadkan gambar2 Syawal untuk tatapan keluarga nun jauh di sana.. dan semua yg menjenguk.... bukan apa.. ada kalanya perlukan 'ummphh' untuk menulis dan memasukkan gambar ...apatah lagi disaat sedang menunggu kehadiran 'orang baru' nie...


Dengan penuh syahdu.. bergemalah takbir pada malam raya di rumah penghulu..di Rugby Place..untuk wakil BD7.. dan rumah Hasibullah untuk wakil BD5... Terima kasih kepada tuan rumah yg telah nenyediakan juadah pada kaum Adam untuk malam tersebut.. Ibu2 sedang sibuk di dapur pada malam tu..