Monday, June 16, 2008

Last Day di UDM..

Salam Kembali..

Hari ini adalah hari terakhir untuk kaki ini menjejak bumi UDM untuk 3 1/2 tahun nie..Insyallah..Perasaan pilu.. sedih dan hiba amat terasa.. mungkin di sinilah segalanya bermula dari dulu...Saat perpisahan ini amat memilukan.. belum berpisah lagi dengan keluarga esok.. terutamanya ibuku yg bakal ditinggalkan.. Semoga Allah sentiasa menjaga beliau.. Amin..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami di sini dan di sana.. demi menggapai sebuah cita-cita yg murni.. bukan hanya untuk diri.. tetapi keluarga..(especially arwah bapaku) .. bangsa.. agama dan negara..

Buat teman-teman.. kami mohon doa dari anda.. supaya boleh mencapai kejayaan dan permudahkan segala urusan.. AMin..


-Syadie-

Wednesday, June 11, 2008

My Sister's Wedding..

Tanggal 7/6/2008... Majlis perkahwinan adikku, Nazliah & Irman telah berlangsung.. Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, semuanya berjalan lancar..

Tapi sehari selepas tu... semuanya flat...alhamdulillah semuanya dah settle... jadi kener tune balik utk preparation nak pergi ke UK... Anak-anakpun dah menghitung hari utk pergi ke sana.. Mama & Abah pulok dok menghitung duit yang keluar....aduihhh.. macam air jugak nie rupanya..

Whatever pun, life must go on.. inilah cabaran awal yg harus ditempuhikan...
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.. Amin..

Sekian dulu,

-Syadie-

Monday, May 26, 2008

VISA 5

Semalam bila semak online status passport, rupa2nya sudah diposkan dan akan sampai pagi ini. Terus pergi ambil dokumen di ABXexpress Ktrg dan Alhamdulullah visa pembantu rumah kami dah lulus. Terima kasih kepada Ayie kerana telah sama2 bertungkus lumus menyediakan application ini sehingga awal pagi. Terima kasih.

Thursday, May 22, 2008

VISA 4

Pagi ini telah submit permohonan visa domestic worker kami di VFS ampang. Orang pun tak ramai hari ini. Kemudian terus balik semula ke ktrg. Keputusan akan diketahui dalam masa 5 hari bekerja.

Wednesday, May 21, 2008

VISA 3

Pagi ini telah dapat kembali dokumen dan passport semasa permohonan visa melalui pos. Syukur permohonan kami dan anak2 telah lulus tetapi amat malang kerana pembantu rumah kami tidak dapat mengikuti kami kerana permohonan visanya telah ditolak.

Pada petang itu juga kami telah bertolak semula ke KL untuk permohonan visa baru beliau dengan dokumen2 dan bukti2 yang lebih kukuh telah disediakan. Terpaksa bayar yuran proses semula. Jika nak merayu makan masa setahun. Harap2 kali ini semuanya berjalan lancar.
Amin.
..syarie

Tuesday, May 20, 2008

UK VISA 2

Setelah disemak beberapa hari secara online, jam 9 pagi hari ini status yang selama ini mengatakan permohonan telah dibawa ke British High Commission pada 13 Mei 2008 telah bertukar kepada Passport anda telah boleh diambil bermula 20 Mei 2008. Sekali lagi status telah bertukar pada jam 2 pm hari yang sama bahawa pasport telah diambil. (diposkan).

Wednesday, May 14, 2008

UK VISA 1

Pada 10 Mei 2008 kami bertolak ke KL untuk urusan visa kami sekeluarga. Pada 13 Mei baru kami ke VFS Center di Ampang untuk urusan visa kami. Submit semua dokumen yang diperlukan termasuk pembantu rumah yang akan dibawa bersama. Minimum proses adalah 5 hari bekerja dan status boleh disemak secara online. Jika tidak dipanggil temuduga dalam masa 5 hari maka InsyaAllah permohonan visa diluluskan.